Sunday, July 19, 2009

..'husnul khatimah'..

hari ni rasa cam nk b'kongsi ilmu skt..artikel ni aku amk dr harian
metro (ahad, 19/07/09)..sma2 la kita baca n fikirkannya..


Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup
yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena
cari. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir
kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan
ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat.
Ini b'dasarkan hadis dr Buraidah Ibnul Khasib. Adlh Buraidah
dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit,
namun didapatinya ia sudah wafat dan t'lihat pd jidatnya (dahi)
berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku
telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin
adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad,
an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan
ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud) .

3. Wafat pada malam Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Tidaklah
seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada
malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari
seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan
sebagai org yg mati syahid diantara kalian? Mereka menjawab:
"Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati
syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid
sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau
begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai
Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan
Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati krn
penyakit kolera, yg mati krn penyakit perut (iaitu disebabkan
penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau
sejenisnya), dialah syahid dan org2 yg mati tenggelam, dialah
syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi).

6. Mati disebabkan penyakit kolera.
Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan
antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya:
"Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap
Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad).

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda
Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang
yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam,
t'timpa runtuhan bangunan dan syahid b'perang di jalan Allah."
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim,at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan ygpaling
masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan
syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit
kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, krn busung
lapar adalah syahid, krn penyakit perut keracunan adlh syahid,
kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa
runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta
wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat
Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkn sbda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan
Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan
adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana
tenggelam adalah syahid, mati krn penyakit TBC adalah syahid
dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat
Thabrani).

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
"Sesiapa yang mati krn mempertahankan hartanya (dlm riwayat
lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh)
adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud,
an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad).

14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
"Sesiapa mati terbunuh dlm membela hartanya, dia mati syahid;
siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati
syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia
mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah
(jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada)
di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik drpd berpuasa
selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya.
Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu
dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur
(fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal
soleh.

Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
aminnnn...........

6 comments:

Angah said...

Alhamdulliallah....
Ilmu itu lbh afdal jika ada gurunya.Baguieh2.
Bila heroin background tu tak tutup aurat...heheehhee.
Amin

salbiey said...

heroin yg kt blakg 2 mmg x lh nk wat ape dah..jd, sila abaikan..hehe..

achik said...

amin... sesekali ingat mengingati... amalan mulia...

salbiey said...

p'mulaan utk p'kongsian ilmu..
asyik b'cerita jer..skali skala, kn ade kelainan skt..hehe..

Angah said...

Dik Yah,
Ceritalah sket psl :
a)study
b)Mcm mana nak operate game FB
C)Basic2 anamasi
d)Psl benda2 menarik kay internet & step2 nya.
in the fun way...benda2 simple je.
baru la ada geng2 baru nak join.
Ramai nak tahu ni
Wokey!!!

Auccakk said...

Dik Yah..akak nak curik artikel ni masuk dlm blog leh ek..ekeke